Breaking News
Loading...
Sunday, 22 December 2013

DOA UNTUK KEBAHAGIAAN RUMAHTANGGA DAN KETURUNAN

14:06

Doa kebahagiaan rumahtangga ini dibaca 3 kali dalam doa selepas solat waktu. 

Setiap suami ataupun isteri menginginkan sebuah rumahtangga yang bahagia dan damai. Setiap rumahtangga ada pasang surutnya. Kehidupan dan keharmonian rumahtangga boleh runtuh disebabkan oleh salahfaham, masalah kesihatan, masalah camputangan adik beradik sebelah suami ataupun isteri dan yang paling mendugakan adalah masalah ekonomi. Kebanyakan rumahtangga yang runtuh disebabkan masalah ekonomi atau eko-"No Money". 

Bila masalah ekonomi yang berpunca kerana gagal dalam bisnes atau kehilangan kerja. Isteri yang dahulu baik pada sangkaan suami semasa senang kini mula berubah sikap. Isteri yang solehah tidak akan berubah sikap malah memberi semangat dan sanggup memikul tanggungjawab mencari nafkah untuk menyara keluarga sementara suami mendapat kerja lain dan sebagainya. 

Kadang-kadang ada isteri yang banyak gelang emasnya sampai kesiku, tetapi mengadu kat jiran sebelah rumahtangga beliau sekarang tengah menghadapi masalah ekonomi kerana suaminya tak ada kerja. Jangan harap seutas gelang emasnya boleh digadai. Cukup sayang gelangnya melebehi segalanya. Gelang itu pun dahulu suaminya yang belikan. Kenapa bila tengah gawat, tak sanggup korbankan gelang emasnya dipajak gadai islam. Bila sudah pulih nanti tebus balik.

Begitulah sebahagian kisah pendek mengenai rumahtangga. Jadi bagaimana seorang  isteri hendak menjadi seorang wanita yang solehah walaupun bukan seorang ustazah atau mengaji di pondok agama tetapi hanya seorang wanita marhein iaitu wanita biasa?. Untuk menjadi isteri solehah bukanlah susah hanya perlu mengikut 2 syarat ini yang paling mudah. Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.

Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :

1. Taat kepada Allah dan RasulNya.
2. Taat kepada suami.

Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut : 

1. Taat kepada Allah dan RasulNya
Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?
Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
  • Wajib menutup aurat.
  • Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah.
  • Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya.
  • Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa.
  • Berbuat baik kepada ibu dan bapa.
  • Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang.
  • Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa.
  • Bersikap baik terhadap tetangga.
2. Taat kepada suami.
  • Memelihara kewajipan terhadap suami.
  • Sentiasa menyenangkan suami.
  • Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah.
  • Tidak bermasam muka di hadapan suami.
  • Tidak menolak ajakan suami untuk tidur.
  • Tidak keluar tanpa izin suami.
  • Tidak meninggikan suara melebihi suara suami.
  • Tidak membantah suaminya dalam kebenaran.
  • Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya.
  • Sentiasa memelihara diri, kebersihan dan kecantikannya serta rumah tangga.
FAKTOR YANG MERENDAHKAN MARTABAT WANITA

Sebenarnya puncak rendahnya martabat wanita adalah dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.

Faktor-faktor tersebut ialah:

1) Lupa mengingat Allah.


Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairanlah jika banyak wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingat Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya. Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: ertinya:

”Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya.”

Sabda Rasulullah s.a.w ertinya:

“Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan.” (Riwayat Tarmizi)

Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu.

2) Mudah tertipu dengan keindahan dunia.

Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan itu saja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Tidak sedikit yang sanggup durhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit. Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An’am: ertinya:

Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir.” 

3) Mudah terpedaya dengan syahwat. Nafsu syahwat menjadi keutamaan sehingga hilang sifat malu.

4) Lemah iman.

5) Bersikap suka menunjuk-nunjuk.

Dunia adalah perhiasan, perhiasan dunia yang terbaik adalah Wanita yang solehah.

p/s: Jgn Lupa Tekan Butang "Share" Di Bawah - Sampaikan Walau Satu Ayat

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer