Friday, 24 October 2014

DOA AKHIR TAHUN DAN DOA AWAL TAHUN



Sejarah Hari Maal Hijrah 

Hari Awal Muharram atau Hari Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam. Ia memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Berlaku pada 1 Muharam, ia merupakan hari pertama Takwim Hijrah.

Tuesday, 7 January 2014

SELAWAT MUNJIYYAH




Salam Pembaca Budiman,

Jika sangat berhajat, eloklah dibaca selawat ini sebelum memulakan doa-doa yang lain. Kita digalakkan untuk selalu berselawat dan berdoa. Berdoa tidak semestinya selepas sembahyang sahaja. Terdapat banyak selawat yang boleh diamalkan dan Selawat Munjiyyah adalah salah satu darinya akan lebih mudah dimakbulkan Allah SWT.

SELAWAT FATIH





اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد اَلْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالْخَاتِم لِمَا سَبَقَ والنَّاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ وَالْهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيم وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيْمِ


TerjemahanNya

Ya Allah, Rahmatilah & berilah kesejahteraan serta berkatilah penghulu kami Muhammad, pembuka bagi barang apa yang ditutup dan penamat bagi apa yang telah sudah, penolong bagi yang hak, penunjuk ke arah jalan yang lurus. Allah berselawat ke atasnya, ahli keluarga & sahabat-sahabatnya sebagaimana selayak untuknya sesuai dengan darjat dan kedudukannya yang tinggi dan besar

ZIKIR ASMAUL HUSNA UNTUK ANAK YANG DEGIL DAN KERAS HATI


Masalah remaja tidak kira anak lelaki atau anak perempuan yang degil dan keras hati cukup susah dinasihatkan oleh ibubapa. "Tak makan saman punya anak!" Kadang-kadang ibubapa dimarah balik dan ada yang sanggup maki dan pukul ibubapa sendiri. Baru-baru ini berlaku apabila anak lelaki memukul ibunya dengan kayu. Ermmmm.... Macam2 kan... 

Friday, 3 January 2014

AMALAN ZIKIR HARIAN



Jaga mulut mu dari percakapan yang tidak berfaedah dan sia-sia. Diam mu lebih baik dari omong kosong yang mengundangkan dosa. Kerana pulut santan binasa, kerana mulutlah badan binasa. Sebaik-baik manusia adalah manusia yang selalu mengingati Allah SWT. Tidak kira di mana dan apa juga yang dilakukan, hati kita sentiasa mengingati Allah. Dengan menyebut dan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang. 

FADHILAT ZIKIR ASMAUL HUSNA



Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: 

"Sampaikanlah pesanKu biarpun satu ayat..." 

Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Nabi s.a.w bersabda: 

"Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu. Siapa yang menghafalnya akan masuk syurga." Sahih Bukhari. 

Zikir Pagi Dan Petang



Wirdul-Latif
Zikir Pagi Dan Petang
Susunan
الإمام القطب عبد الله بن علوي الحداد
Al-Imam Al-Qutub Abdullah bin Alawi Al-Haddad

MUAT TURUN DOA-DOA HARIAN.




Doa-doa harian untuk dibaca dan diamalkan selepas solat termasuk doa-doa harian yang lazim dibacakan. Semuga manfaatkan doa-doa ini untuk mendapat rahmatNya. Bacalah dengan mengikut maa'raj dan tajwid supaya doa kita dimakbulkan Allah SWT. Jazakallah Khairan.  

SOLAT HADIAH UNTUK ARWAH



Kesini akhirnya tempat kita yang kekal abadi.

SOLAT SUNAT MEMUDAHKAN ROH KELUAR



Sakaratul maut adalah peristiwa sakitnya kematian. Penderitaan yang paling akhir bagi seorang yang hidup. Sebelum nyawa manusia dicabut, terlebih dahulu ia akan mengalami pedihnya sakaratul maut. Itulah proses kematian anak Adam, yaitu ketika terjadi perpisahan antara raga dan nyawa. Setiap anggota tubuhnya akan saling mengucapkan selamat berpisah kepada satu sama lain. Proses itu sungguh menyakitkan dan suatu peristiwa yang sangat dahsyat.

PANDUAN SOLAT Jamak Dan Qasar




Kepada pengembara Muslim yang selalu ke luar kawasan untuk bertugas.


Thursday, 2 January 2014

SOLAT JENAZAH




"SEMBAHYANGLAH KAMU SEBELUM KAMU DISEMBAHYANGKAN".

PANDUAN SOLAT JENAZAH   

Dalam mengerjakan solat jenazah, yang paling utama ialah dikerjakan secara berjemaah dan harus dijadikan tiga saf (barisan) sekurang-kurangnya setiap satu saf dua orang.

SOLAT SUNAT ISTISQA'



Solat Istisqa' dilakukan supaya Allah SWT menurunkan hujan dan menghilangkan kemarau yang panjang. Ia biasanya dilakukan ketika mengalami kemarau yang panjang di mana tanaman dan binatang ternakan boleh mati kebuluran. Manusia sendiri mengalami kepayahan yang amat sangat kerana air yang terbatas.

Solat Sunat Rawatib

Rawatib berasal daripada perkataan ‘raatib‘ yang bermaksud berterusan. Oleh kerana itu Solat Sunat Rawatib dilakukan beriringan secara berterusan sebelum dan selepas solat fardhu lima waktu.

SOLAT SUNAT TASBIH


Solat ini disebut Solat Tasbih kerana diucapkan tasbih sebanyak300 kali dalam empat rakaat solatnya. Solat Sunat Tasbih dianjurkan kalau boleh tiap-tiap malam, andaikata tidak sanggup, kerjakanlah sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup.

Wednesday, 1 January 2014

SOLAT SUNAT WITIR


Solat Witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan.

SOLAT SUNAT AWWABIN


Bagi memelihara keteguhan iman dan menghapuskan dosa, adalah digalakkan melakukan solat sunat Awwabin/Hizful Iman sebanyak 4 rakaat (2 salam) atau 6 rakaat (3 salam). Dilakukan sebelum bercakap-cakap selepas fardhu Maghrib.